Mula berdagang sekarang dan dapatkan pelaksanaan yang pantas, spread yang ketat dan syarat dagangan yang tiada tandingan. Pilihan akaun yang disediakan sesuai untuk semua jenis pedagang.

Leveraj Unik Sehingga 1:2000

Leveraj fleksibel antara 1:1 – 1:2000

Perlindungan baki negatif

Pemantauan pendedahan risiko masa nyata

TIADA PERUBAHAN MARGIN UNTUK SEMALAMAN ATAU HUJUNG MINGGU

Pemilihan Leveraj dari 1:1 sehingga 1:2000

Di GMI Edge, semua klien mempunyai fleksibiliti untuk berdagang dengan menggunakan keperluan margin dan leveraj yang sama dari 1:1 hingga 1:2000.

Tentang Margin

Margin ialah jumlah cagaran untuk menanggung sebarang risiko kredit yang timbul semasa operasi dagangan anda.

Margin merupakan peratus dari saiz posisi dan tujuan meletakkan dana di dalam akaun dagangan adalah untuk memastikan margin yang diperlukan mencukupi. Sebagai contoh, untuk margin 1%, posisi sebesar $1,000,000 hanya memerlukan deposit sebanyak $10,000.

Margin di dalam akaun dagangan anda mestilah sama atau melebihi 100% untuk membolehkan anda membuka posisi dagangan baharu.

Tentang Leveraj

Penggunaan leveraj membolehkan anda berdagang posisi yang lebih besar daripada jumlah wang di dalam akaun dagangan anda. Leveraj ditunjukkan sebagai nisbah, sebagai contoh 1:100, 1:300 atau 1:2000. Contoh: Jika anda mempunyai $100 di dalam akaun dagangan dan anda membuka dagangan 50,000 EUR/USD, leveraj anda bersamaan dengan 50:1.

Di GMI Edge, anda diberi kredit jangka pendek percuma apabila anda berdagang menggunakan margin. Ini membolehkan anda membuka urus niaga dengan jumlah yang lebih dari nilai akaun anda. Tanpa leverage, anda hanya boleh berdagang berdasarkan jumlah yang wujud di dalam akaun dagangan anda.

GMI Edge berhak untuk mengubah dan meminda nisbah leveraj (iaitu mengurangkan nisbah leveraj), secara mutlak dan tanpa sebarang notis berdasarkan kes, dan/atau pada semua atau mana-mana akaun pelanggan sebagaimana yang dianggap perlu oleh GMI Edge.

Leveraj GMI Edge

Standard (Bonus)
Ekuiti Leveraj Waktu Berita (Posisi Baru)
Dari Hingga
$25 $1 000 1:2000 1:1000
$1 001 $5 000 1:1000 1:1000
$5 001 $20 000 1:500 1:500
$20 001 $100 000 1:200 1:200
$100 001 N/A 1:100 1:100

Cent
Ekuiti Leveraj Waktu Berita (Posisi Baru)
Dari Hingga
$2.5 $1 000 1:1000 1:1000
$1 001 $2 000 1:500 1:500
$2 001 N/A 1:100 1:100

ECN
Ekuiti Leveraj Waktu Berita (Posisi Baru)
Dari Hingga
$100 $20 000 1:500 1:500
$20 001 $100 000 1:300 1:300
$100 001 N/A 1:100 1:100

Bergantung pada jenis akaun yang anda buka di GMI Edge, anda boleh memilih leveraj pada skala 1:1 hingga 1:2000. Keperluan margin tidak berubah sepanjang minggu, atau meningkat semalaman atau pada hujung minggu. Leverage mungkin diturunkan untuk posisi baru yang dibuka 30 minit sebelum dan selepas pengumuman berita penting. Leverage untuk posisi ini akan diselaraskan mengikut leverage akaun selepas tempoh tersebut tamat. Posisi terbuka tidak termasuk. Selain itu, GMI Edge memberikan anda pilihan untuk menaikkan atau menurunkan leverage dengan menghantar permohonan kepada pegawai khidmat pelanggan kami dengan menghubungi 1800 282260.

Risiko Leveraj

Melalui penggunaan leveraj, anda boleh mendapat keuntungan yang besar dari pelaburan awal yang kecil. Namun, kerugian anda juga boleh menjadi drastik jika anda gagal menggunakan pengurusan risiko yang betul.

GMI Edge menyediakan pelbagai leveraj yang dapat membantu anda memilih tahap risiko yang diingini. Kami tidak mengesyorkan dagangan dengan leveraj sehingga 1:2000 kerana ia melibatkan risiko yang tinggi.

Pemantauan Margin

Di GMI Edge, anda boleh mengawal pendedahan risiko masa nyata dengan mudah dengan memantau margin bebas dan margin yang digunakan.

Gabungan antara margin bebas dan margin yang digunakan membentuk ekuiti. Margin yang digunakan merujuk kepada jumlah minimum wang yang perlu anda deposit untuk mengekalkan posisi. Margin bebas ialah jumlah wang yang tinggal di dalam akaun dagangan anda dan ia berubah-ubah mengikut ekuiti akaun anda. Dengan margin bebas, anda boleh membuka posisi tambahan atau menampung sebarang kerugian.

Panggilan Margin

GMI Edge mengikut polisi panggilan margin yang ketat untuk memastikan risiko maksimum anda tidak melebihi ekuiti akaun anda. Klien masih bertanggungjawab sepenuhnya untuk memantau aktiviti akaun dagangan mereka.

Sebaik sahaja ekuiti akaun jatuh di bawah 60% daripada margin yang diperlukan untuk mengekalkan posisi terbuka, kami akan cuba memaklumkan anda dengan panggilan margin yang memberikan amaran bahawa anda tidak mempunyai ekuiti yang mencukupi untuk menampung posisi terbuka anda.

Tahap Henti Keluar

Tahap henti keluar merujuk kepada tahap ekuiti apabila posisi terbuka anda ditutup secara automatik. Tahap henti keluar kami adalah pada 30%.

TOP

Pelanggan Yang Dihargai,

Harap maaf, Kami tidak dapat mengambil chat anda ketika ini.

Waktu operasi kami adalah pada hari Isnin hingga Jumaat dari pukul 10:00 -19:00. Buat masa ini, anda boleh menghantar emel ke [email protected] dan kami akan membalas emel anda secepat mungkin.

Segala kesulitan amat dikesali.