Pemberian jongkong emas

Lebih banyak anda berdagang,
lebih banyak tiket cabutan.

Langkah Penyertaan:

langkah 1

Sertai peraduan dengan mengisi dan menghantar borang di bawah. Anda mesti mempunyai akaun Live Swap Free untuk mengambil bahagian. Belum mempunyai akaun? Klik sini untuk membuka akaun anda hari ini.

langkah 2

Penyertaan anda dikira sebaik sahaja selepas anda menghantar borang.*

langkah 3

Membuat deposit minima $100, dan untuk setiap lot yang anda dagangkan semasa tempoh promosi, anda akan mendapat 1 penyertaan dalam cabutan bertuah.

langkah 4

Selepas promosi tamat, kami akan memilih 10 orang pemenang secara rawak. Salah seorang pemenangnya mungkin anda.

*Mesti mempunyai akaun untuk mengambil bahagian.

Hanya dagangan selepas borang dihantar akan dikira untuk cabutan.

Terma & Syarat

Umum

Dokumen ini menetapkan peraturan untuk Cabutan Bertuah. Pastikan anda membaca dengan teliti dan memahami semua peraturan sebelum menyertai Cabutan Bertuah.

Dengan menyertai promosi ini, anda memberi kebenaran kepada GMI Edge untuk mengumpul data peribadi anda, menghubungi anda melalui emel atau telefon, menemuramah anda, menggunakan nama penuh, gambar dan negara tempat tinggal anda di dalam aktiviti pemasaran GMI Edge di masa hadapan termasuk di www.gmiedge.com dan Berita Syarikat GMI.

Anda bersetuju untuk menyertai Peraduan Cabutan Bertuah ini (selepas ini disebut sebagai “promosi”), dan anda akan mematuhi Terma dan Syarat ini dan juga Terma dan Syarat am yang terdapat pada laman web kami di gmiedge.com/ms/tentang-kita/dokumentasi/

Tempoh Promosi

Promosi ini dijalankan oleh GMI Edge dan akan berlangsung dari hari Isnin, 8hb Februari sehingga hari Ahad 4hb April 2021 (selepas ini disebut sebagai “tempoh promosi”).

Penyertaan
  • Mempunyai akaun aktif di GMI dan berada di Malaysia
  • Melengkapkan borang pendaftaran yang terdapat di halaman promosi ini
  • Sebarang dagangan sebelum pendaftaran tidak akan dikira untuk entri Cabutan Bertuah
  • Pendaftaran untuk Cabutan Bertuah dibuka sepanjang tempoh peraduan sehingga tarikh tutup.
  • Selepas pendaftaran promosi, peserta mesti membuat deposit minima $100 untuk melayakkan diri
  • Berdagang sekurang-kurangnya 1 lot di akaun yang sama sepanjang tempoh peraduan
  • Setiap lot didagangkan bersamaan dengan 1 tiket Cabutan Bertuah dan tiada had maksimum untuk tiket. Lebih banyak lot yang anda dagangkan, lebih banyak tiket yang anda dapat untuk cabutan
  • Hanya dagangan yang telah ditutup dikira untuk promosi ini
  • Pindahan dalaman tidak dikira sebagai deposit
Hadiah

Hadiah-hadiah yang disediakan untuk promosi ini adalah:

  • Hadiah Utama: emas seberat 50 gram: bernilai MYR 13,150
  • Hadiah ke-2: emas seberat 20 gram: bernilai MYR 5,350
  • Hadiah ke-3: emas seberat 10 gram: bernilai MYR 2,750
  • Hadiah ke-4: emas seberat 5 gram: bernilai MYR 1,750
  • Hadiah ke-5: emas seberat 1 gram: bernilai MYR 350
  • Hadiah ke-6: emas seberat 1 gram: bernilai MYR 350
  • Hadiah ke-7: emas seberat 1 gram: bernilai MYR 350
  • Hadiah ke-8: emas seberat 1 gram: bernilai MYR 350
  • Hadiah ke-9: emas seberat 1 gram: bernilai MYR 350
  • Hadiah ke-10: emas seberat 1 gram: bernilai MYR 350

Hadiah dan penyertaan di dalam Cabutan Bertuah tidak boleh ditukar atau dipindahmilik.

Sekiranya Hadiah yang ditawarkan tiada disebabkan keadaan yang di luar kawalan kami, kami berhak untuk menawarkan hadiah alternatif dengan nilai yang sama atau lebih besar.

Imej yang digunakan dalam bahan pemasaran tidak semestinya mewakili hadiah sebenar.

Pemilihan Pemenang

Pemenang akan dipilih secara rawak dari semua penyertaan yang layak selepas peraduan berakhir.

Pemenang-pemenang akan dihubungi selewat-lewatnya pada 14hb April 2021, 23:59:59.

Sekatan

Setiap peserta hanya layak memenangi satu Hadiah untuk peraduan ini. Sekiranya pemenang yang dipilih telah memenangi Hadiah, pemenang lain akan dipilih secara rawak.

Pemenang-pemenang akan dimaklumkan melalui emel atau telefon. Sekiranya pemenang tidak dapat dihubungi melalui emel atau telefon dalam tempoh empat puluh lapan (48) jam, GMI Edge berhak untuk memilih pemenang lain secara rawak.

Pemenang-pemenang juga akan diumumkan di saluran media sosial GMI Edge.

Hadiah-hadiah akan dihantar terus kepada individu atau melalui pos dalam tempoh 30 hari selepas pemenang membuat pengesahan hadiah dan bergantung kepada tempat tinggal pemenang.

GMI Edge berhak untuk menemuramah pemenang-pemenang peraduan dan meminta mereka yang menerima hadiah melalui pos untuk memberikan gambar mereka yang diambil bersama hadiah untuk tujuan pemasaran.

Setiap peserta bersetuju untuk memberikan maklumat sebenar. Perbuatan memberikan maklumat palsu boleh menyebabkan pembatalan penyertaan Cabutan Bertuah.

Syarat Penting

Segala jenis dagangan arbitraj atau penyalahgunaan lain melibatkan harga dan/atau sebut harga akan menyebabkan pembatalan penyertaan Cabutan Bertuah.

Promosi ini hanya berlangsung di Malaysia sahaja.

Hanya pelanggan dari Malaysia yang layak untuk penyertaan dan hadiah-hadiah yang disebutkan di atas.

GMI berhak untuk menolak atau membatalkan mana-mana peserta tanpa menjelaskan sebab. Sebab-sebab pembatalan penyertaan mungkin termasuk membuka volum besar pesanan berlawanan di pasangan mata wang sama di akaun dagangan berbeza pada waktu yang hampir sama, serta penggunaan kegagalan aliran sebut harga untuk mendapatkan kentungan yang terjamin, atau jenis-jenis penipuan yang lain.

Semua teknik dagangan atau EA dibenarkan. GMI berhak untuk menyatakan hadiah yang telah diberikan tidak sah dan boleh dibatalkan apabila terdapat bukti langsung atau tidak langsung mengenai cubaan operasi menipu wang hadiah.

Sebarang situasi yang tidak dijelaskan di dalam peraturan ini tertakluk kepada keputusan GMI Market.

Sekiranya anda mengambil bahagian dalam promosi ini dan dengan bersetuju akan Terma dan Syarat ini, anda mengesahkan bahawa anda tidak melanggar undang-undang di negara tempat tinggal anda berhubung dengan kebenaran untuk menyertai peraduan kami. GMI Edge tidak akan bertanggungjawab terhadap mana-mana peserta yang menyertai peraduan ini secara haram. Sekiranya ada keraguan anda harus segera meninggalkan laman web ini dan menyemak dengan pihak berkuasa di negara anda.

GMI Edge, ejennya, syarikat-syarikat bersekutu atau mana-mana pengarah, pegawai atau pekerja yang berkaitan, tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian atau kerosakan, sama ada secara langsung, tidak langsung, berbangkit atau timbul dari sebarang sebab, yang mungkin dialami peserta hasil daripada penyertaan atau penggunaan hadiah dari promosi ini.

Penyertaan di dalam peraduan promosi menandakan persetujuan dengan peraturan peraduan promosi dan peserta bersetuju untuk mematuhi peraturan tersebut.

Sekiranya terdapat perselisihan mengenai aspek Peraduan dan/atau terma dan syarat ini, keputusan GMI Edge adalah muktamad.

GMI Edge tidak bertanggungjawab di atas sebarang kegagalan teknikal yang mempengaruhi penyertaan dalam peraduan dan tidak bertanggungjawab untuk sebarang entri yang telah dihilangkan dari penyertaan dengan alasan apa pun.

Sebarang cukai yang perlu dibayar dari hadiah yang diberikan atau diterima adalah tanggungjawab pemenang.

Terma dan Syarat ini ditulis dalam Bahasa Inggeris dan terjemahan dalam bahasa lain hanya disediakan sebagai kemudahan. Sekiranya terdapat perbezaan atau percanggahan antara teks Bahasa Inggeris dan terjemahan dalam bahasa lain, teks Inggeris dirujuk.

GMI berhak untuk mengubah terma dan syarat ini, tanpa menyatakan sebab, atau membatalkan promosi, jika, berdasarkan peruntukan undang-undang atau peraturan atau tafsiran oleh badan-badan kerajaan, promosi tersebut tidak dapat dilanjutkan atau tidak dapat dilanjutkan tanpa perubahan, jika pelaksanaan lanjut promosi adalah atau sebaliknya mustahil atau mustahil di bawah syarat yang sama atau jika keadaan mengenai promosi berubah ke tahap di mana pelaksanaan berterusan melibatkan kos atau kesukaran tambahan yang tidak munasabah atau tidak seimbang untuk GMI. Versi terkini Terma dan Syarat ini boleh dilihat di laman web sepanjang tempoh promosi.

Pelanggan Yang Dihargai,

Harap maaf, Kami tidak dapat mengambil chat anda ketika ini.

Waktu operasi kami adalah pada hari Isnin hingga Jumaat dari pukul 10:00 -19:00. Buat masa ini, anda boleh menghantar emel ke [email protected] dan kami akan membalas emel anda secepat mungkin.

Segala kesulitan amat dikesali.