Dapatkan Kereta Baharu Dengan Kami

Sertai Kami sebagai Rakan Niaga Sekarang!

Tukar volum dagangan rangkaian anda kepada ganjaran kereta atau hadiah tunai

Setiap Rakan Niaga berpeluang untuk Menang

Butiran Promosi

Bila

Dari 1 Oktober 2020 hingga 30 September 2021

Bagaimana

Berdagang 20,000, 35,000 atau 50,000 lot atau lebih untuk dapatkan sebuah kereta Proton Persona, Toyota Vios atau Toyota C-HR

Pendaftaran

Tiada pendaftaran diperlukan. Jumlah lot mengikut rangkaian akan dikira secara automatik dan IB yang layak akan dimaklumkan

Terma & Syarat

Pengenalan

GMI Edge membawakan anda program kesetiaan MIB yang terbaru. MIB akan diberi ganjaran sebuah Toyota CHR, Toyota Vios atau Proton Persona berdasarkan jumlah lot yang didagangkan oleh jaringan mereka sepanjang tempoh promosi. Dengan menyertai program ini, anda bersetuju dengan terma dan syarat ini.

Butiran
  • Tempoh promosi: 12 bulan
  • Tarikh mula: 1 Oktober 2020, 00:00:00 UTC
  • Tarikh tutup: 30 September 2021, 23:59:59 UTC
  • Nama program kesetiaan ini adalah “Dapatkan Kereta Baharu Dengan Kami”, dan dijalankan oleh Global Prime Limited
Siapa boleh turut serta?

Program kesetiaan ini terbuka kepada semua MIB GMI Edge di Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas pada waktu penyertaan. Pekerja GMI Edge atau ahli keluarga mereka, atau mereka yang berkaitan dengan program kesetiaan ini tidak boleh menyertai program ini.

Syarat kelayakan

Untuk kelayakan:

  • status Platinum GMIB dan menerima Hadiah Utama sebuah Toyota C-HR, rangkaian IB anda mestilah berdagang 50,000 lot atau lebih
  • status GMIB Gold dan menerima Hadiah ke-2 sebuah Toyota Vios, rangkaian IB anda mestilah berdagang 35,000 lot atau lebih
  • status GMIB Silver dan menerima Hadiah ke-3 sebuah Proton Persona, rangkaian IB anda mestilah berdagang 20,000 lot atau lebih

sepanjang tempoh promosi (dari 1/10/2020 – 30/09/2021) menggunakan mana-mana instrumen dagangan yang disediakan oleh GMI Edge. Ini bermakna sesiapa yang mencapai sasaran layak untuk mendapatkan hadiah tanpa sebarang had.

Hadiah
  • Hadiah dan penyertaan di dalam program kesetiaan tidak boleh dipindah milik.
  • Anda boleh memilih untuk menukar Hadiah dengan hadiah wang tunai bernilai 80% dari nilai hadiah kereta.
  • Sekiranya Hadiah yang ditawarkan tidak dapat disediakan kerana keadaan yang di luar kawalan kami, kami berhak untuk menawarkan hadiah alternatif dengan nilai yang sama atau lebih besar.
  • Imej yang digunakan dalam bahan pemasaran tidak semestinya menunjukkan hadiah sebenar.
  • Anda bertanggungjawab di atas perbelanjaan sendiri yang berkaitan dengan Hadiah termasuk cukai, pendaftaran kenderaan, perbelanjaan perjalanan dan penginapan.
  • MIB yang layak menerima hadiah akan dihubungi melalui emel atau telefon selewat-lewatnya pukul 23:59:59 pada 15 Oktober 2021. Semua hadiah mesti dituntut oleh pemenang tidak lebih dari 30 hari selepas tarikh tutup program.
  • MIB tidak layak menerima lebih dari satu Hadiah untuk program kesetiaan ini.
  • MIB yang menerima Hadiah juga akan diumumkan di saluran media sosial GMI Edge.
  • Dengan mengambil bahagian dalam promosi ini, anda secara automatik memberi keizinan kepada GMI Edge untuk menemuramah, menggunakan nama penuh, gambar dan negara tempat tinggal anda dalam aktiviti pemasaran GMI Edge di masa akan datang termasuk di www.gmiedge.com dan Berita Syarikat GMI Edge.
Umum
  • Segala jenis dagangan arbitraj atau lain-lain penyalahgunaan pada harga dan/atau sebut harga akan dibatalkan dari program kesetiaan.
  • GMI Edge berhak untuk menolak atau membatalkan mana-mana peserta tanpa menjelaskan sebab. Sebab-sebab untuk kehilangan kelayakan mungkin termasuk membuka posisi besar yang berlawanan di pasangan mata wang yang sama pada akaun dagangan berbeza pada masa yang sama, serta penggunaan kegagalan aliran sebut harga untuk mendapatkan keuntungan yang terjamin atau sebarang jenis penipuan.
  • Semua teknik dagangan atau EA adalah dibenarkan. GMI Edge berhak untuk menyatakan sebarang hadiah yang diberikan tidak sah dan tertakluk kepada pembatalan apabila terdapat bukti langsung atau tidak langsung mengenai cubaan operasi penipuan dana hadiah.
  • Sebarang situasi yang tidak dijelaskan dalam peraturan ini adalah tertakluk kepada keputusan dari GMI Edge.

Pelanggan Yang Dihargai,

Harap maaf, Kami tidak dapat mengambil chat anda ketika ini.

Waktu operasi kami adalah pada hari Isnin hingga Jumaat dari pukul 10:00 -19:00. Buat masa ini, anda boleh menghantar emel ke [email protected] dan kami akan membalas emel anda secepat mungkin.

Segala kesulitan amat dikesali.