Hadiah Tahun Baru

Lebih banyak yang anda dagangkan
lebih banyak penyertaan ke dalam cabutan.
Sempena ketibaan Tahun Baru, anda berpeluang untuk menang BESAR dengan GMI.

Begini caranya:

langkah 1

Sertai dengan mengisi borang di bawah dan menghantarnya. Anda mesti memiliki akaun Live Swap Free untuk melayakkan diri. Jika tiada akaun, tidak mengapa, hanya klik di sini untuk membuka satu akaun hari ini.

langkah 2

Setelah anda mengemukakan butiran anda, anda sudah menyertai.*

langkah 3

Membuat deposit minima $100, dan, bagi setiap lot yang anda dagangkan semasa tarikh promosi, anda akan mendapat 1 penyertaan dalam cabutan bertuah.

langkah 4

Pada akhir promosi, kami akan memilih 20 pemenang secara rambang. Salah seorang daripadanya mungkin anda.

*Mesti mempunyai akaun untuk layak
Hanya dagangan selepas penyerahan borang akan diambil kira.

Terma & Syarat

Dokumen ini menetapkan peraturan untuk Cabutan Bertuah ini. Pastikan anda membacanya dengan teliti dan memahami keseluruhannya sebelum anda memasuki Cabutan Bertuah.
Dengan menyertai promosi ini, anda memberi kami persetujuan anda yang jelas untuk memproses data peribadi anda

Pengenalan

GMI membawakan peraduan Cabutan Bertuah baharu untuk anda. Hadiah-hadiah dalam peraduan ini termasuk: 1 x iPhone 12 Pro Max 128 GB, 1 x iPhone 12 Pro 128 GB, 1 x ROG Strix G15 G512LI i5, 2 x Vivo V20 Pro, 5 x Tomaz Gaming Chair, 10 x STEELSERIES ARCTIS 3 2019.
Dengan menyertai, anda bersetuju untuk terikat dengan terma dan syarat ini.

Gambaran keseluruhan
  • Tempoh peraduan: 1 bulan
  • Tarikh mula: Selasa, 5 Januari 2021, 00:00:01
  • Tarikh tutup: Jumaat, 5 Februari 2021, 23:59:59 UTC
  • Nama Cabutan Bertuah ialah “Trade & Win Lucky Draw”, ia dijalankan oleh Global Prime Limited
Siapa yang boleh menyertai?

Cabutan Bertuah ini terbuka kepada semua klien GMI di Malaysia yang berumur 18 tahun atau ke atas pada masa penyertaan. Pekerja GMI atau ahli keluarga mereka, atau sesiapa yang lain yang mempunyai kaitan dengan Cabutan Bertuah tidak boleh memasuki Cabutan Bertuah ini.

Cara untuk menyertai
  • Untuk layak memasuki Cabutan Bertuah, anda mesti:
    • Mempunyai akaun Live Swap Free dengan GMI
    • Melengkapkan borang pendaftaran pada halaman promosi ini
    • Apa-apa dagangan sebelum pendaftaran tidak akan dikira untuk penyertaan Cabutan Bertuah
    • Pendaftaran untuk Cabutan Bertuah dibuka sepanjang tempoh peraduan sehingga tarikh tutup.
    • Klien perlu membuat deposit minima $100 untuk mengambil bahagian
    • Berdagang sekurang-kurangnya 1 lot dengan akaun yang sama semasa tempoh peraduan
    • Setiap lot yang didagangkan adalah bersamaan dengan 1 tiket penyertaan untuk Cabutan Bertuah dan tiada had penyertaan maksimum. Lebih banyak lot yang anda dagangkan, lebih banyak anda mendapat penyertaan ke dalam cabutan tersebut.
  • Hanya dagangan tertutup yang menyertai dalam kiraan jumlah.
  • Pindahan dalaman tidak dianggap sebagai deposit.
  • Dagangan pada akaun selain daripada akaun Live Swap Free tidak melayakkan anda untuk memasuki Cabutan Bertuah.
Hadiah
  • Hadiah-hadiah Cabutan Bertuah ialah 1 x iPhone 12 Pro Max 128 GB, 1 x iPhone 12 Pro 128 GB, 1 x ROG Strix G15 G512LI i5, 2 x Vivo V20 Pro, 5 x Tomaz Gaming Chair, 10 x STEELSERIES ARCTIS 3 2019.
  • Hadiah dan penyertaan dalam Cabutan Bertuah tidak boleh ditukar atau dipindahkan.
  • Jika Hadiah yang ditawarkan tidak tersedia disebabkan oleh keadaan yang di luar kawalan kami, kami berhak untuk menawarkan hadiah alternatif dengan nilai yang sama atau lebih besar.
  • Imej yang digunakan dalam bahan pemasaran tidak semestinya mewakili hadiah sebenar.
Memilih pemenang
  • Pemenang akan dipilih secara rambang daripada semua penyertaan yang layak selepas peraduan tamat.
  • Pemenang akan dihubungi sebelum 10 Februari 2021, 23:59:59.
  • Peserta hanya layak untuk memenangi satu Hadiah dalam peraduan ini. Sekiranya pemenang yang dipilih sudah memenangi satu Hadiah, pemenang lain akan dipilih secara rambang.
  • Pemenang akan dimaklumkan melalui e-mel atau telefon. Jika pemenang tidak dapat dihubungi melalui e-mel atau telefon dalam tempoh empat puluh lapan (48) jam, GMI berhak untuk memilih pemenang lain secara rambang.
  • Pemenang akan diumumkan di saluran media sosial GMI.
  • Hadiah akan disampaikan secara peribadi atau melalui pos dalam masa 30 hari selepas pemenang mengesahkan hadiah mereka dan bergantung kepada tempat tinggal pemenang.
  • GMI berhak untuk menemubual pemenang peraduan dan untuk meminta pemenang yang menerima hadiah melalui pos memberikan gambar mereka yang diambil bersama hadiah untuk tujuan pemasaran.
  • Setiap peserta bersetuju untuk memberikan data sebenar. Memberikan data palsu boleh mengakibatkan mereka disingkirkan daripada Cabutan Bertuah.
  • Dengan menyertai promosi ini, anda memberi kebenaran anda untuk GMI mengumpul data peribadi anda, menghubungi anda melalui e-mel atau telefon, menemubual anda, menggunakan nama penuh anda, foto dan negara tempat tinggal anda dalam aktiviti pemasaran GMI di masa hadapan termasuk www.gmiedge.com dan GMI Company News.
Umum
  • Apa-apa jenis dagangan arbitraj atau apa-apa jenis penyalahgunaan lain dengan harga dan/atau sebut harga akan tertakluk kepada pembatalan daripada Cabutan Bertuah. Promosi ini akan dijalankan di Malaysia. Hanya pelanggan dari negara ini yang layak untuk menyertai dan hadiah-hadiah yang dinyatakan di atas.
  • GMI berhak untuk menolak atau membatalkan mana-mana peserta tanpa menjelaskan alasan. Sebab-sebab untuk pembatalan penyertaan boleh termasuk membuka pesanan besar yang berlawanan dengan pasangan mata wang yang sama dalam akaun dagangan berbeza pada masa yang lebih kurang sama, dan juga menggunakan kegagalan dalam aliran sebut harga untuk mendapatkan keuntungan yang dijamin, atau apa-apa jenis penipuan yang lain.
  • Semua teknik dagangan atau EA dibenarkan. GMI berhak untuk mengisytiharkan mana-mana hadiah yang telah diberikan sebagai tidak sah dan tertakluk kepada pembatalan apabila terdapat bukti langsung atau tidak langsung tentang cubaan penipuan pengendalian dengan dana hadiah.
  • Mana-mana situasi yang tidak dijelaskan dalam peraturan ini akan tertakluk kepada keputusan GMI.
  • Sekiranya anda mengambil bahagian dalam promosi ini, dan dengan menerima terma dan syarat-syarat ini, anda mengesahkan bahawa anda tidak melanggar mana-mana undang-undang di negara tempat tinggal anda berhubung dengan kesahan untuk memasuki pertandingan kami. GMI tidak akan bertanggungjawab terhadap mana-mana peserta yang memasuki mana-mana pertandingan kami secara tidak sah. Jika terdapat sebarang keraguan, anda perlu meninggalkan Laman Web dengan serta-merta dan menyemak dengan pihak berkuasa yang berkaitan di negara anda.
  • Baik GMI, ejennya, syarikat bersekutunya, mahupun mana-mana pengarah, pegawai atau pekerja yang sedemikian, tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian atau kerosakan, sama ada secara langsung, tidak langsung, berbangkit atau yang sebaliknya timbul daripada apa jua sebab, yang mungkin dialami oleh peserta akibat daripada penyertaan dalam promosi ini atau penggunaan mana-mana hadiah.
  • Penyertaan dalam pertandingan promosi merupakan penerimaan terhadap peraturan pertandingan promosi dan peserta bersetuju untuk mematuhi peraturan tersebut.
  • Sekiranya terdapat pertikaian berkenaan dengan mana-mana aspek Pertandingan dan/atau terma dan syarat-syarat ini, keputusan GMI akan menjadi muktamad dan mengikat.
  • GMI tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kegagalan teknikal yang menjejaskan penyertaan dalam pertandingan dan tidak menanggung apa jua liabiliti terhadap mana-mana penyertaan yang telah tersingkir daripada penyertaan atas apa jua sebab.
  • Apa-apa cukai yang perlu dibayar kerana hadiah diberikan atau diterima akan menjadi tanggungjawab pemenang.
  • GMI berhak untuk meminda terma dan syarat ini, tanpa menyatakan alasan, atau untuk membatalkan promosi, jika, berdasarkan peruntukan atau tafsiran undang-undang atau peraturannya oleh badan kerajaan, promosi tidak boleh diteruskan atau tidak boleh diteruskan tanpa perubahan, jika pelaksanaan promosi yang selanjutnya sebenarnya atau sebaliknya tidak dapat dilaksanakan atau tidak dapat dilaksanakan di bawah keadaan yang sama atau jika keadaan yang melibatkan promosi telah berubah sehingga kemajuan berterusannya melibatkan kos tambahan atau kesulitan yang tidak munasabah atau tidak seimbang untuk GMI. Versi terkini Terma dan Syarat Promosi ini boleh dirujuk di laman web sepanjang tempoh promosi.

Pelanggan Yang Dihargai,

Harap maaf, Kami tidak dapat mengambil chat anda ketika ini.

Waktu operasi kami adalah pada hari Isnin hingga Jumaat dari pukul 10:00 -19:00. Buat masa ini, anda boleh menghantar emel ke [email protected] dan kami akan membalas emel anda secepat mungkin.

Segala kesulitan amat dikesali.